Last but not least!

•July 15, 2009 • 2 Comments

AT-10-TION !! ;)

last post

dis is my last post.. so lepas ni blog ni akan berpindah ke http://fakhrul.bonsaiphotostudio.com. dengan interface yang lebih menarik, gambar lebih lebih dan lebih besar untuk menampak kan detail2 dengan lebih jelas dan up to date, teruskan setia bersama Bonsai Photostudio….yosssshhhhhhh. jemput datang ke rumah baru ya….enjoiceee! muahx! luv u ol lah~

Berhijrah buat kali ke-2

•July 14, 2009 • Leave a Comment

Alhamdulillah, studio sudah siap sepenuhnya, skarang dalam proses penghijrahan buat kali kedua. kalau dulu dari fotopages ke wordpress, sekarang maju setapak lagi ke hadapan, Mofahano Photography ke Bonsai Photostudio dengan nama sendiri, Fakhrul Haqimi. lebih kurang cakap, Mofahano sekarang sudah menjadi fotografer untuk Bonsai Photostudio. bekerja untuk company sendiri. sendiri jadi bos, sendiri jadi kuli. tapi kali ni tidak lagi bergerak solo, sudah bergerak dalam kumpulan trio, juga sendiri jadi bos, sendiri jadi kuli, iaitu, Bard Zain dan Arif Sha’ari. orang kata, kalo seorang buat keputusan, kemungkinan akan buat silap. dan kalo 3 kepala fikir buat keputusan, kesilapan mungkin dapat di elak.

pakej2 di Mofahano Photography pun akan berubah mengikut pakej Bonsai Photostudio yang akan diberitahu kelak. Pakej2 baru akan lebih menarik! kemungkinan dalam bulan Ogos, pakej baru tersebut akan efektif. so kepada bakal2 client Bonsai, sudah boleh membuat tempahan untuk bulan Ogos dan bulan2 seterusnya ya! ada sesuatu yang bestttt menanti bakal2 client Bonsai Photostudio. website sedang dalam proses penyiapan dan mungkin akan siap xlama lagi dengan URL www.bonsaiphotostudio.com. bookmark awal2, so nanti xlupa. ;)

secara basicnya, Bonsai Photostudio ada 3 fotografer hensem yang boleh dipilih sendiri oleh client2 kami. pakej2 kami pun termatlah fleksibel untuk memudahkan bakal2 client kami membuat pilihan bergantung kepada bajet mereka. senang kan. so lets say event tu besar, terpaksa lah pkai 2 atau 3 orang sekali gus untuk cover majlis tersebut. kalo biasa2, sorang pun cukup..album pun boleh dipilih dari sekecik2 album smpai lah ke sebesar2 album.client sendiri buat pilihan.harga pakej akan diberitahu kelak. emm, apa lg nak bebel ye? tu je lah kot. so cmtu lah lebih kurang. nnti secara detailnya akan diberitahu di post post akan datang. yang pasti, Mofahano sekarang sudah berkhidmat untuk Bonsai Photostudio. BONSAI!

Engagement | Yayah & Zahir

•July 4, 2009 • 1 Comment

up dulu enam keping, nnti upload lagi ok yayah. stay tuned! ;)





Mohd Fakhrul Haqimi Nor's Facebook Profile

Finally…!

•July 2, 2009 • 4 Comments

Bismillah…

Aku mulakan dengan laungan BONSAI! BONSAI! BONSAI!

Setelah berhempas pulas menjadi buruh sekasar kasarnya bersama 2 org lagi rakan kongsi, Bard Zain & Arif Sha’ari, kami telah mencapai apa yg kami idamkan. putaran hidup kami sudah terbalik, siang adalah malam dan malam adalah siang bagi kami..tapi alhamdulillah, selepas 2 bulan, ia menampakkan hasil! umpama beli pokok dalam poli beg, dituai, disiram sampai besar dan akhirnya menampakkan buahnya. dan ada hikmah jugak sendiri jadi buruh kasar.. perut buncit semakin menipis, muka tembam semakin mengecut. dari dinding kaler merah, kami catkan hitam. dari tiada partition, kami buatkan partition. dari tiada lampu, kami adakan lampu. dari simen kosong, kami tampalkan karpet. penatnya, tuhan saja yang tahu. tapi setelah melihat hasilnya, kami teramatlah puas hati. tu pun tuhan saja yang tahu..

so sekarang, yang tinggal hanyalah promosi. sepatutnya dibuat sekali dengan kerja2 renovation, tapi kami langsung tiada masa untuk mengadap PC untuk mendesign dan sebagainya. InsyaAllah, setelah semuanya dibersihkan, karpet di vakum kan, kami akan mulakan proses menggempur! InsyaAllah, majlis sembahyang hajat dan perasmian akan diadakan pada minggu depan. untuk perasmian ingtnya nak ajak TG Nik Aziz, tapi xtau la beliau free ke x kan. hihi. ke ade sap2 yang nak offer diri untuk gunting riben? haha. so pada siapa2 yang nak hadir tu, silakan lah. kami alu alukan kedatangan anda. tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian setelah mencapai kata sepakat. kiranya mcm open day lah. itupun salah satu dari promosi la kan. haha. makanan pun ala kadar sajalah kot. mungkin mak mak kami sendiri akan masakkan mee goreng ke, nasik goreng ke…ok la kan…kalo nak sedap, bwk makanan sendiri dari rumah. wakaka!

setelah di buat survey2, kami adalah studio pertama seumpamanya di Kelantan yang mempunyai whiteroom studio terbesar! Alhamdulillah…rezeki tuhan bagi..

so, ape ke benda la pulak whiteroom studio tuh? ada yang dah tahu, ada yang xtahu. kepada yang dah tahu, silakan lah sebar2 kan ye..hehe. kepada yang x tahu apa itu whiteroom studio, secara asanya whiteroom studio ialah sebuah bilik yang kesemuanya putih! dari siling smpai ke lantai. all white.

kenapa pilih whiteroom studio, x kelabu ke, pink ke, kuning ke? sbb trend masa kini, rata2 orang moden zaman canggih ni nak kan kelainan. zaman skarang dah xpkai background mcm gambar pastport lagi dah…

kelebihan whiteroom studio? kelebihannya,, gambar korang akan ikut trend lah! hahaha~ ala, mcm skarang semua orang dengar yuna…kita dengarlah yuna..ekeke. kalo korang taip google.com, korang search whiteroom studio. haaaa, mcm tu lah gambar korang akan jadi nanti. korang nak melompat ke, nak posing sakan ke, silakan, gambar korang nnti akan berlatarkan semuanya putih! hanya korang je akan menonjol. lainlah kalo kulit korang sama putih ngan dinding.

lagi info pasal whiteroom studio? haaaa, nak tau, kena datang sendiri ke studio kami. Bonsai Photostudio. 5 minit dari KB Mall, 2 minit setengah dari Mamak Spicy. kepada yang nak datang tapi x kenal, tuggu kat mamak spicy, aku datang amek dengan basikal jepun. haha. nnti aku lukiskan peta, aku poskan kat sini ye…aku akan bagi lagi detail psl studio. siap dengan rate2 harga skali. hehe.

servis lain yang Bonsai Photostudio tawarkan? servis kami tidak hanya terhad kepada whiteroom dan fotografi perkahwinan sahaja, tapi merangkumi semua bidang fotografi, InsyaAllah kami akan laksanakan. dari product shoot hinggalah ke corporate shoot. tapi kami adalah pakar dalam fotografi perkahwinan. dan buat masa sekarang, kami lebih tekankan servis untuk whiteroom studio kerana kami ingin memberi pengalaman yang baru kepada anda! so, kepada bakal2 pengantin tu, sebelum kita jumpa pada hari sebenar, bley la singgah dulu ke whiteroom studio kami untuk buat pre-wedding shooting ya. nnti bley tampal kat kad jemputan dan banner! ;) menarik kan….

selain whiteroom studio, studio kami ada AV room sebagai tempat untuk meeting dan deal dengan client dan editing room, tempat kami bertiga untuk mengedit dan sebagai rumah kedua kami. haha. editing room hanya kami je yang bley masuk ok! ;) oh, last but not least, studio kami pun ada galeri jugak. tempat untuk borak2, baca2 majalah ke, siap ada wi-fi free lagi u noe…untuk u all nak on9..o yeah….terbaik kan…

so, begitulah dulu secara basicnya pasal studio kami ni. untuk lebih detail, di pos akan datang ok. ;) secara tidak rasminya, aku umumkan Bonsai Photostudio sudah boleh beroperasi! hubungi kami untuk tempahan! 09-7448748. bley cakap dengan saya sendiri atau bard atau arif.

Luqman & Khairina | Shah Alam

•June 20, 2009 • Leave a Comment

malam ni aku pos dulu sekeping dua gambar korang. malam sok aku tambah lagi okey. hehe.





Mohd Fakhrul Haqimi Nor's Facebook Profile